Rahsia Anak Pintar

02 October 2018

HIBAH HARTA KEPADA ANAK ANGKAT

Oleh
Azlan Ramlan

Pn Nelofah: Saya ni takde anak. Yang ada sorang je anak angkat lelaki. Kalau 
                   boleh saya nak hibahkan semua harta saya kepada anak angkat saya
                   ni.
Ejen Ali: Berapa umur anak angkat puan?
Pn Nelofah: 8 tahun.
Ejen Ali: Kalau nak hibahkan semua kepada anak angkat, tak boleh. Puan kena
              tinggalkan sikit harta sebagai harta pusaka puan, in case kalau ada 
              hutang, kena bayar pakai duit pusaka puan. Lagi pun, kita tak boleh nak
              totally lari daripada faraid. Tinggalkan la juga sikit kepada yang telah
              ditetapkan Allah hak mereka.

              Lagi satu, kalau hibah kepada anak angkat ni, tak boleh ditarik balik. 
              Anak  angkat puan masih kecil. Kalau dah besar nanti dia derhaka, puan tak boleh nak tarik  
              balik dah harta-harta yang dah dihibahkan kepada dia. Kita pun takkan tau apa yang akan  
              berlaku pada masa depan kan? Lebih baik kita fikirkan keselamatan kita sendiri jugak.
Pn Nelofah: Hmmm...tak banyak la yang saya boleh bagi kat anak angkat saya tu?
Ejen Ali: Pandangan saya, untuk kehidupan zaman sekarang ni, anak-anak lebih perlukan cash untuk 
              survive. Puan perlu bagi cash yg lebih, instead of bagi property. Buat takaful, dan duit takaful tu 
              akan membantu meringankan kerisauan puan dan beban anak nanti. Ni bukan takaful medical
              card. Dia memang tujuannya semata-mata untuk dapatkan cash bila puan meninggal dunia 
              atau hilang upaya nanti.
Pn Nelofah: Then nanti saya kena bagi duit takaful tu kepada anak angkat saya? Kalau dia kecil lagi 
                    masa saya mati nanti, macamana?
Ejen Ali: Puan gabungkan sekali takaful ni dengan trust. Ada caranya untuk puan buat, duit takaful ni 
              diserahkan kepada syarikat amanah. Then dengan syarikat amanah ni, puan buat dokumen
              trust deed dan bagi arahan untuk cara pengagihan. Puan boleh suruh syarikat amanah ni bagi
              duit kepada anak angkat secara bulanan. So takde la dia dapat duit sekali banyak, tak boleh la
              dia nak joli katak dengan duit takaful ni. Puan pun boleh letak apa-apa syarat pemberian, kalau
              puan nak.
Pn Nelofah: Hmmm...bagus jugak mcm tu ye. Macamana nak buat?
Ejen Ali: Puan klik link ni, http://pascawafat.wasap.my 
              Ni no tel saya 019-640 5538

(Kredit rujukan ke https://www.facebook.com/mohdhairulazlan.binramlan/posts/1442418812569026)

02 January 2015

WASIAT MENURUT ISLAM

Orang Islam digalakkan menulis wasiat.
Diriwayatkan Talha bin Musharrif "Saya bertanya Abdulah bin Abu Aufa, adakah Rasulullah S.A.W membuat Wasiat? Dia menjawab tidak, saya bertanya beliau bagaimanakah umat Islam difardukan supaya berwasiat (atau diperintahkan supaya berwasiat? Ia menjawab: Raslullah berwasiat dengan kitab Allah (al-Quran)".
Dipetik daripada Sahih Al Bukhari (jilid IV m/s 1).
.
Hukum menulis wasiat ke atas orang Islam adalah sunnat kerana terdapat hadis yag menyuruhnya serta perbuatan sahabat-sahabat besar yang hampir keseluruhanya meninggalkan wasiat. Ibn Umar meriwayatkan Rasullulah s.a.w bersabda bermaksud: “Tidak wajar kepada seseorang Islam apabila terdapat sesuatu yang hendak ia wasiatkan maka ia tidur dari dua malam melainksn wasiatnya itu tertulis disisinya. (Riwayat Muttafaq Alaih).

Hadis riwayat Jabir menerangkan kelebihan orang berwasiat di mana Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesiapa yang mati meninggalkan wasiat maka ia mati atas jalan Islam, mati dalam keadaan mengikuti sunnah, mati dalam ketaqwaan, mati dalam syahadah, dan matinya diampuni”. (Riwayat Ibn Majah).
.
Sebagaimana dinyatakan, kebanyakkan para sahabat Rasulullah s.a.w telah pun berwasiat. Al Qurtubi menceritakan di dalam tafsirnya bahawa saidina Abu Bakar dan Saidina Ali mewasiatkan satu perlima dari hartanya, saidina Umar mewasiatkan satu perempat, manakala Sa’ad ibn Waqas mewasiatkan satu pertiga. Manakala Saidatina Aisyah pula mewasiat barangan rumahnya kepada bekas-bekas hambanya. Ibn Umar pula mewasiatkan kepada bekas-bekas isterinya setiap seorang 4,000 dirham. Contoh-contoh ini menunjukkan para sahabat faham berwasiat adalah satu kewajiban agama yang dituntut walaupun ia bukan sesuatu yang difardukan (diwajibkan).

Kadar harta yang boleh diwasiatkan adalah setakat satu pertiga kepada bukan waris.
Namun Islam membenarkan berwasiat lebih daripada satu pertiga atau berwasiat kepada waris dengan syarat mestilah mendapatkan persetujuaan waris-waris lain selepas kematian pewasiat. Terdapat pengecualian di Selangor, menurut Seksyen Enakmen Wasiat Orang Islam (Selangor) 1999 yang membenarkan berwasiat satu pertiga kepada waris tanpa perlu persetujuan waris lain.

Faraid menjaga hak waris manakala wasiat pula memberi hak dan ruang kepada pemilik harta untuk pemberian kepada bukan waris seperti kepada anak angkat, ibu bapa angkat, ahli keluarga bukan Islam, cucu atau ahli keluarga yang tidak mendapat bahagian dalam Faraid ataupun untuk apa-apa tujuan kebajikan.

28 July 2012

PANDUAN SOP: PUSAKA KECIL


Takrif Harta Pusaka Kecil


Tafsiran yang diberikan dibawah seksyen 3(2) Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian)1955 menerangkan harta pusaka kecil sebagai harta peninggalan simati mengandungi kesemuanya atau sebahagiannya adalah harta tak alih terletak dimana-mana negeri dan jumlah nilai keseluruhannya tidak melebihi RM 2 juta pada tarikh permohonan dibuat (Mulai 1 September 2009). Tanpa terikat kepada batasan nilai yang dinyatakan, sebarang harta simati orang-orang bukan Islam yang mengandungi wasiat dibawah Ordinan Wasiat No. 38 Tahun 1959 bukan lagi ditakrifkan sebagai pusaka kecil. Ia dianggap sebagai pusaka besar dan menjadi tanggungjawab Mahkamah Tinggi. Bagaimanapun peruntukan tersebut tidak boleh dipakai bagi kematian seorang Islam kerana ianya bertentangan dengan syarat dan  peraturan pewasiatan dalam Islam.

Cara Membuat Permohonan Pembahagian Pusaka Kecil
Setiap permohonan untuk pembahagian pusaka kecil hendaklah dibuat dalam borang khas iaitu borang A. Setiap permohonan mestilah disertakan dengan:

1.Bukti Kematian
  • Salinan surat perakuan kematian / permit menguburkan; atau
  • Surat sumpah oleh 2 orang saksi bebas yang menyaksikan jenazah dikebumikan ( bagi kematian semasa pendudukan Jepun / sebelumnya); atau
  • perintah anggapan kematian yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi dalam keadaan seperti kematian tanpa kubur, hilang semasa pendudukan Jepun, Tragedi 13 Mei 1969, tragedi Muassem, dan
  • perintah ini hanya boleh didapati selepas 7 tahun dari tarikh berlakunya kejadian.
2.Salinan Hakmilik
  • Salinan hakmilik yang diakui sah oleh pejabat tanah atau perakuan carian rasmi yang menunjukkan pegangan harta tak alih simati, surat perjanjian jualbeli bagi rumah yang belum ada hakmilik yang berasingan;
3.Salinan Dokumen Harta-Harta Alih:
  • Seperti salinan sijil saham, salinan buku simpanan, salinan penyata kwsp dan sebagainya (jika ada).

Siapakah yang berhak memohon? Di antara mereka yang berhak memohon adalah seperti berikut:
  • Waris-waris simati seperti balu lelaki atau perempuan, anak laki-laki atau perempuan, ibu atau bapa, majlis agama Islam (Baitulmal) dan sebagainya;
  • Pembeli di bawah surat perjanjian jual beli yang sah;
  • Pemegang gadaian atau pemegang pajakan tanah simati;
  • Penghulu atau Pegawai Petempatan yang diarahkan oleh Pentadbir Tanah;
  • Amanah Raya Berhad.

Menghadiri pembicaraan
  • Semua dokumen asal seperti bukti kematian, hakmilik tanah, kad pengenalan, surat beranak, surat nikah, bukti-bukti harta alih dan lain dokumen yang difikirkan perlu hendaklah dibawa semasa pembicaraan
  • Semua pihak yang diminta hadir adalah dikehendaki hadir di hari pembicaraan.
  • Semua keterangan semasa pembicaraan hendaklah diberi secara bersumpah atau berikrar.

Sumber: Portal Rasmi JKPTG. 
[http://www.kptg.gov.my/ms/policy-laws/sop-guidlines/small-estate.html]